Bermula 1 Jun 2025, semua bentuk pembayaran untuk perkhidmatan ONEXOX hanya akan diterima melalui platform dalam talian sahaja. Tiada lagi kaedah pembayaran fizikal di kaunter atau melalui agen. Langkah ini adalah selari dengan usaha digitalisasi untuk memberikan pengalaman yang lebih mudah, pantas dan selamat kepada semua pelanggan.
Kenapa Tukar ke Pembayaran Dalam Talian?
✅ Lebih Pantas: Tidak perlu beratur atau menunggu
✅ Lebih Selamat: Urusan bayaran terjamin dan dapat jejak transaksi
✅ Akses 24/7: Boleh buat pembayaran bila-bila masa, di mana jua
Sekarang anda boleh bayar bil ONEXOX online tanpa keluar rumah dan terus kekal aktif!

Cara Buat Pembayaran Secara Dalam Talian
Anda boleh membuat pembayaran menggunakan mana-mana platform rasmi ONEXOX berikut:
-
📱 Aplikasi XOX BLACK
Muat turun dari:-
Apple App Store
Cari: “XOX BLACK”
-
🌐 XOX Self Care
https://onexox.my/selfcare/login -
⚡ XOX FAST Website
https://onexox.my/onlinestore/fast -
🔁 Auto Debit
Daftar melalui aplikasi XOX BLACK untuk pembayaran automatik setiap bulan -
💳 JomPAY
-
Guna Biller Code: 70771
-
Bayar melalui online banking yang menyokong JomPAY
-
Tips Penting
-
Pastikan nombor akaun XOX anda betul sebelum buat pembayaran
-
Simpan bukti transaksi sebagai rujukan
-
Daftar Auto Debit untuk elakkan talian terganggu akibat terlupa top-up